513) SOALAN KEPADA KERAJAAN BERKENAAN KESELAMATAN VAKSIN
- izhamny
- 11 hours ago
- 1 min read
Mohon penjelasan daripada pihak kerajaan mengenai langkah-langkah yang diambil untuk memastikan keselamatan vaksin yang digunakan dalam Program Imunisasi Kebangsaan, khususnya:
a) Apakah mekanisme pemantauan kesan sampingan selepas pemberian vaksin?
b) Berapakah jumlah laporan kesan sampingan serius yang diterima sejak vaksin mula digunakan di negara ini?
c) Apakah tindakan yang diambil terhadap mana-mana laporan berkaitan kesan sampingan yang kritikal atau kematian yang didakwa berpunca daripada vaksin?
d) Adakah kerajaan melibatkan pakar bebas atau badan antarabangsa dalam proses penilaian keselamatan vaksin?
e) Apakah langkah untuk memberi keyakinan kepada rakyat bahawa vaksin yang digunakan adalah HALAL selamat dan berkesan?
Comentários