Search
  • CONSUMER RATING RESEARCH

98. UK beri amaran individu ada alahan serius disaran elak ambil suntikan vaksin Pfizer

LONDON: Penyelia perubatan Britain memberi amaran kepada golongan yang mempunyai alahan serius untuk tidak mengambil suntikan vaksin terhadap COVID-19, vaksin Pfizer-BioNTech.

Arahan itu dikeluarkan susulan dua individu dilaporkan mengalami gejala alahan yang teruk selepas disuntik vaksin buatan Amerika Syarikat (AS) dan Jerman itu pada hari pertama vaksin itu diedarkan di United Kingdom (UK).


“Petang semalam, dua kes dilaporkan mengalami gejala anafilaksis (alahan teruk). Kami faham bahawa golongan itu tidak terlibat dalam ujian klinikal fasa terakhir,” kata Ketua Eksekutif MHRA, June Raine, lapor Reuters.

Sebelum ini, Pfizer memaklumkan bahawa mereka yang mempunyai gejala alahan yang serius tidak akan terlibat sebagai peserta bagi ujian klinikal fasa ketiga, dan perkara itu adalah selari dengan protokol kelulusan kecemasan MHRA.


Pada Selasa, Britain telah memulakan program vaksinasi kepada golongan bersasar, termasuk golongan warga emas dan petugas barisan hadapan bagi keguanaan vaksin Pfizer-BioNTech.


-awani-



2 views0 comments

Recent Posts

See All

251. At least 60 million doses are contaminated.

Matthias Chang: Dear Good People, (MP) This is Shocking News. This relates to Johnson & Johnson and AstraZeneca vaccines. No wonder President Biden announced that these "surplus" will be sent out to