top of page

79. 2021 DOOMSDAY

Writer's picture: CONSUMER RATING RESEARCHCONSUMER RATING RESEARCH

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB),

New York – Tahun 2021 akan menjadi ‘tahun krisis kemanusiaan paling buruk’ sejak PBB ditubuhkan, kata beberapa pegawai kanan badan dunia itu, lapor portal berita Metro.co.

Ketua Program Makanan Sedunia, David Beasley berkata, kebuluran sedang menanti 12 buah negara di dunia. Katanya, tahun 2021 adalah ‘bencana’ kerana kesan pandemik terhadap negara-negara membangun.

“Kita tidak mungkin dapat membiayai semuanya. Justeru, kita perlu memberi keutamaan dan seperti yang saya kata, malapetaka menunggu di muka pintu,” katanya kepada 193 anggota Perhimpunan Agung PBB Jumaat lalu.

Langkah dan sekatan koronavirus di seluruh dunia membawa kepada peningkatan 40 peratus bilangan penduduk yang memerlukan bantuan kemanusiaan, kata PBB minggu lalu.

Badan dunia itu meminta dana berjumlah AS$35 bilion (RM142.3 bilion).

Perkembangan itu berlaku selepas ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Tedros Adhanom Ghebreyesus merayu peruntukan AS$4.3 bilion (RM17.4) disuntik ke dalam program perkongsian vaksin dunia.

“Kita tidak boleh menerima sebuah dunia di mana negara miskin dipijak oleh negara kaya dan berkuasa untuk mendapatkan vaksin. Ini (Covid-19) adalah krisis global dan jalan penyelesaian (vaksin) perlu dikongsi secara adil,”katanya. – Agensi


KOSMO!

7 Disember 2020, 12:10 pm

4 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page