top of page

507. AKIBAT DAN BALASAN RIBA


Kenapa masih ramai orang Melayu Islam masih hidup susah? Islam adalah agama Persekutuan tetapi adakah kita benar-benar patuh kepada AlQuran dan Sunnah? Kenapa kita masih ikut sistem kapitalis dan perbankan barat yang mengamalkan riba. Walaupun kita ada perbadanan Islam kita cuba putar belit kan riba itu menjadi halal. Saya kira lebih 60% bank perdagangan di Malaysia kepunyaan atau di tadbirkan oleh orang Islam. Sistem pinjaman riba yang masih diamalkan di negara ini menjadi punca utama mengapa orang Islam masih gagal dalam perniagaan diceburi. Walaupun selepas 65 tahun merdeka, kita masih belum merdeka dari riba, masih tidak berjaya malah dari segi 'economy share' kita juga semakin teruk.


Dalam mencari rezeki, kita hendaklah memastikan rezeki yang kita perolehi itu dari sumber yang halal dan baik. Mata pencarian dari sumber yang halal dan baik itu merupakan suatu keutamaan dan perkara yang sangat penting kerana ia mampu membentuk atau mengubah keperibadian seseorang.

Islam menekankan agar menjauhi dan meninggalkan hasil pendapatan dari sumber yang haram seperti riba. Adapun contoh riba itu ialah seorang yang meminjamkan wang seratus ringgit, lalu dia meminta bayaran balik sebanyak seratus sepuluh ringgit.

Sesungguhnya hukum mengambil dan menggunakan wang riba itu adalah haram, sama ada untuk kegunaan diri sendiri ataupun diberikan kepada orang yang lain kerana riba adalah salah satu daripada tujuh dosa-dosa besar dalam Islam.


Malahan memakan hasil riba adalah sekeji-keji dosa selepas syirik kepada Allah Subahanahu Wata'ala. Allah Subahanahu Wata'ala berfirman dalam surah Al-Imran ayat 130 tafsirnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya"

Sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa berwaspada dan beringat bahawa syaitan akan sentiasa menghiasi sesuatu yang haram yang menyebabkan manusia terlupa dan lalai sehingga terpedaya dengan tipu daya syaitan, lalu melakukan perkara yang haram dan mengamalkannya tanpa perasaan ragu. Allah Subahanahu Wata'ala berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 168 tafsirnya:

"Wahai sekalian manusia makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu"

Sesungguhnya orang yang melakukan riba akan ditimpa berbagai-bagai akibat dan balasan, antaranya:

PERTAMA: Harta atau wangnya tidak berkat, bahkan akan hilang atau habis. Manakala di akhirat akan diseksa sebagaimana firman Allah Subahanahu Wata'ala dalam surah Al-Baqarah ayat 276 tafsirnya:

"Allah susutkan kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil riba dan dia pula yang mengembangkan berkat harta yang dikeluarkan, sedekah-sedekah dean zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran dan selalu melakukan dosa".

KEDUA: Riba mengandungi tujuh puluh macam dosa dan dosanya yang paling ringan sekali ialah seperti seseorang berzina dengan ibunya sendiri, sebagaimana yang dijelaskan dalam sebuah hadith:

"Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu katanya, Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam bersabda: Riba itu mengandungi tujuh puluh macam dosa, yang paling ringan sekali umpama seorang lelaki yang menekahi (mengauli) ibunya sendiri" (Riwayat Al-Imam Ibni Majah)


KETIGA: Setiap mereka yang berurusan dengan riba atau mengamalkannya akan berada jauh dari rahmat Allah Subahanahu Wata'ala sebagaimana hadith Rasulullah Sallahu Alahi Wasalam maksudnya:

"Dari Jabir Radiallahu Anhu katanya: Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam melaknat orang yang makan riba dan orang yang memberi wakil pada riba dan penulisnya dan dua saksi. Sabda baginda: Mereka itu semuanya sama pada hukum mengambil riba" (Riwayat Al-Imam Muslim)


KEEMPAT: Riba menjadi punca turunya bala dan bencana di dunia serta azab dan seksanya di akhirat.

KELIMA: Ditakuti mati dalam kesudahan yang buruk.

KEENAM: Disebutkan dalam kitab Al-Kabai'r bahawa orang yang menggamalkan riba akan terus diseksa dari mula masa kematiannya hingga dihari kiamat dengan berbagai-bagai seksaan.


KETUJUH: Pada hari kiamat, orang yang menggamalkan riba akan dibangkitkan dalam keadaan terhuyung hayang kerana Allah Subahanahu Wata'ala telah memberatkan dan membesarkan perut mereka akibat memakan benda yang haram di dunia. Oleh itu, mereka tidak dapat berdiri tetap melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan.


Perkara ini telah dijelaskan dalam firman Allah Subahanahu Wata'ala dalam surah Al-Baqarah ayat 275 tafsirnya:

"Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung hayang kerana sentuhan syaitan itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba..."


KELAPAN: Tidak akan masuk syurga dan tidak akan merasa nikmatnya.

Seseorang yang terlibat dengan mengamalah riba hendaklah segera bertaubat serta tidak mengulanginya lagi. Namun bagaimanakah dengan kedudukan faedah atau bunga yang telah diperolehinya hasil daripada mengamalah riba itu? Dan apakah tindakan yang sewajarnya dilakukan dengan wang tersebut?


Perlu diketahui bahawa wang riba merupakan wang atau harta yang tidak diketahui siapa yang empunya atau wang yang tidak bertuan. Harta yang tidak diketahui siapa empunya atau tidak bertuan itu adalah menjadi harta baitulmal. Oleh yang demikian, wang riba itu hendaklah diserahkan kepada baitulmal untuk dibelanjakan kepada kebajikan atau muslihat umat Islam. Wang tersebut tidak boleh dijadikan sebagai hebah, sedekah dan derma. Ini kerana jika seseorang mahu melakukan ke semua amalan tersebut, hendaklah harta yang disedekahkan, dihebahkan atau didermakan itu dimiliki oleh orang yang bersedekah atau menghebahkan atau mendermakan itu.


Sudah jelas bahawa hukum muamalah riba adalah haram dan telah sabit disebutkan dalam Al-Qur'an dan hadith Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam. Jika seseorang mengetahui bahawa sesuatu itu dijalankan secara riba atau mengandungi riba, maka wajib dia menjauhkan diri daripada bermuamalah dengan individu atau institusi berkenaan. Bermuamalahlah dengan berpaksikan iman dan bukan semata-mata berpaksikan keuntungan harta.


Manakala bagi mereka yang telah sedar dan mengetahui akan keharaman riba, ruang atau peluang untuk bertaubat tetap terbuka luas. Oleh yang demikian, hendaklah dia berhenti dan tidak mengulangi lagi amalan riba itu.

Akhirnya, sama-samalah kita berdoa semoga kita semya terpelihara dan terhindar dari melakukan amalan riba. Dengan yang demikan semoga negara kita akan selamat dan terhindar dari segala bala bencana. Amin Ya Rabbal Alamin.


Surah Al-Baqarah ayat 275 tafsirnya:


"Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepada-Nya peringatan larangan dari Tuhannya lalu dia berhenti dari mengambil riba maka apa yang telah diambil dahulu sebelum pengharaman itu adalah menjadi haknya dan perkaranya terserlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi perbuatan mengambil riba itu maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya"


Jika kita hendak berjaya dalam perniagaan atau mencari peluang perniagaan terutamanya dalam normal baru ini, perkara pertama harus dilakukan ialah bertaubat terlebih dahulu. Sekiranya kita masih meneruskan riba bermakna kita masih berperang dengan ALLAH dan perkara ini dijelaskan secara spesifik dalam al-Quran seperti yang telah di huraikan diatas. Setelah bertaubat, kita perlu mempunyai niat untuk keluar dari riba dalam kadar segera.Setelah kita pasang niat tersebut, barulah kita lihat model perniagaan bagaimanakah yang seseorang usahawan itu hendak lakukan dan ia haruslah berpandukan apa yang ALLAH dan Rasul suka.


Malaysia mengimport bahan mentah berjumlah RM50 bilion setahun dan kalau kita boleh hasilkan bahan mentah sendiri mengikut syariat, kita akan dapat mengurangkan kebergantungan kepada syarikat asing yang mengunakan sistem riba terutama dalam keperluan asas. Kita mesti membina ekonomi Islam sendiri tanpa riba serta mempunyai 'market place' yang mungkin usahawan boleh fokus kepada penambahbaikan rantaian sistem pembekalan dalam keperluan asas dahulu.


Sistem riba yang paling popular kini adalah pinjaman wang di bank konvensional untuk membeli rumah, kereta, pinjaman peribadi atau modal perniagaan dengan faedah. Penalti tambahan akibat lewat bayar juga dikira riba. Contohnya, perlu membayar RM2,000 dalam masa lima bulan tetapi penghutang tidak membayar dalam tempoh itu, lalu penghutang meminta tangguh dengan dikenakan syarat daripada RM2,000 menjadi RM2,050 kerana lewat bayar. Lebihan RM50 itu adalah riba. Pemberian pinjaman RM1,000 dan minta bayar balik RM1,100. Maka RM100 adalah riba sama ada wujud rasa tertindas atau tidak.


Riba juga boleh berlaku dalam pertukaran barang dengan barang yang diklasifikasikan sebagai ribawi, antaranya tukar emas lama seberat dua gram dengan emas baharu dua gram. Jika ada pertambahan atau pengurangan, maka ia adalah riba.

Adalah amat malang bagi umat Islam, apabila mereka leka dan tidak ambil endah mengenai besarnya dosa riba. Dalil yang di sebut diatas menjelaskan, pemakan dan pemberi riba seolah-olah berperang dengan Allah SWT serta Rasulullah SAW. Kita akan kehilangan berkat di dunia dengan harta kita yang terbabit dengan riba. Harta itu akan mudah hilang atau habis melalui jalan tidak berfaedah sehingga kita rasa miskin dan fakir walaupun mempunyai wang yang banyak. Harta hasil dari riba akan menjadi sebab ringannya pemilik untuk melakukan maksiat, kefasikan dan menghinakan diri di sisi Allah SWT. Hilanglah sifat amanah, cenderung kepada rasuah, penipuan dan tamak haloba.

Daripada Ibn Mas'ud, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa." (Riwayat Ahmad). Sementara di akhirat nanti, setiap amalannya di dunia tidak diterima. Berkatalah Ibn Abbas: "Tidak diterima daripada pemakan riba (yang menggunakan harta riba tadi) sedekahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya.' Malah, tidak keterlaluan dikatakan mereka yang mengamalkan riba seperti berzina dengan ibu bapa sendiri kerana Nabi SAW bersabda: "Riba mempunyai 73 pintu, riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya." (Riwayat Ibn Majah, sahih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)


Alasan sibuk, malas, belum sampai seru, nanti dan pelbagai lagi alasan orang di zaman ini untuk berubah daripada pinjaman rumah riba, kereta riba, kad kredit riba, akaun simpanan riba, insuran riba, skim riba, pelaburan riba, tidak wajar sama sekali wujud dalam hati seorang Muslim.


Masalah riba sekarang bukan lagi bersifat masalah individu. Ia sudah mula menjadi masalah peringkat institusi yang dikuasai oleh umat Islam. Sebagai contoh bank-bank kepunyaan umat Islam lazim diberi label Islam atau nama-nama yang menggambarkan 'keislaman institusi' untuk membezakan masing-masing dari institusi kapitalis-riba lain. Proses penamaan ini seiring dengan trend semasa yang gemar dengan perkataan islamisasi. Islamisasi bank seakan-akan menunjukkan kepada islamisasi faedah kerana faedah merupakan perkara utama dalam perbincangan halal/haramnya institusi bank. Sama ada sistem itu benar-benar berbeza lagi bebas atau merdeka dari sistem riba belum lagi ternyata.


Pengalaman ekonomi umat Islam di Malaysia bukanlah suatu yang terasing, malah di mana sekalipun di dunia, sistem riba dunia akan terus mentakrifkan nilai wang dan ekonomi negara selagi kita mempercayai dan menerima definisi wang mereka. Tugas kita bukanlah untuk menyelamatkan atau 'mengislamkan' sistem riba dunia seperti mengislamkan bank mereka yang berasaskan piawaian palsu dolar Amerika. Tugas kita ialah mentakhtakan dinar emas dan dirham perak semula dalam urusan kewangan menurut tradisi Islam. Jika orang Eropah memulakan wang euro kenapa orang Islam tidak ke hadapan dengan wang Islam?


George Soros telah menyusahkan kita dan telah membuktikan bahawa sistem kewangan dolar adalah sistem yang rapuh dan tidak kebal. Kita harus meninggalkan permainan ekonomi/kewangan riba dan bukannya turut serta dengan permainan mereka. Kita harus lebih islamik. Kita perlu tampil ke hadapan dengan paradigma baru, definisi baru, rujukan baru, peralatan baru, perundangan baru menurut amalan wang Islam - dinar dan dirham.

Kita mesti memahami helah riba dalam sistem kewangan semasa. Pengalaman ekonomi umat Islam di Malaysia sejak krisis 1997, patut dijadikan iktibar. Kita perlu mengorak langkah kemenangan dalam perang riba yang telah diiystiharkan oleh Allah dan Rasul-Nya s.a.w.

Wallahualam.


Mej Mior Rosli TUDM (Bersara)

1 view0 comments

Recent Posts

See All

505. Revise Flawed Poisons Act (Amendment) Bill 2022

By Dr Milton Lum | Dr Milton Lum says the Bill may force GPs to stop dispensing medicines, which will increase the cost of health care and inconvenience the public, with long-term consequences for hea

bottom of page