top of page
Writer's pictureCONSUMER RATING RESEARCH

476. PPIM - VAKSINASI MANDATORI CANGGAHI KOD NUREMBERG

Updated: Aug 4, 2021

KENYATAAN MEDIA(PPIM111/21)


1. Kami BUKAN anti vaxxer tetapi Pro vaksin yang telah Terbukti Selamat dan diberikan secara Sukarela serta lebih sesuai ditawarkan pada waktu dan keadaan yang tepat kepada rakyat jelata bagi mengelakkan senario "Viral Immune Escape" dan penghasilan varian baru.


Perkara ini seperti yang dinasihatkan oleh dua pakar virologi terkemuka dunia, Dr. Geert Vanden Bossche dan penerima Anugerah Nobel Perancis, Laurette Prof. Luc Montagnier.


Agenda hitam


2. Telah ada ancaman tersirat dan eksplisit tentang menjadikan vaksinasi itu mandatori, terutama untuk “vaksin” gen kimia mRNA sintetik eksperimental Pfizer yang kini terbukti toksik. Bukti jelas ialah, menurut CDC US (Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit), ia BUKAN vaksin!


Sehingga hari ini kita memperolehi sejumlah 45.8 juta dos produk Pfizer beracun ini untuk 22.9 juta orang, bersamaan dengan 72% daripada populasi kita yang berjumlah 32 juta orang. Graphine Oxide


3. Gen kimia mRNA eksperimen Pfizer didapati beracun hasil dari Kajian Pengedaran Bio Jepun baru-baru ini yang diumumkan oleh pakar Kanada Prof Dr. Byram Bridle pada 28 Mei 2021 dan dari Kajian Sepanyol Graphene Oxide yang diterbitkan pada 28 Jun 2021. Pfizer sehingga hari ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar mengenai kedua-dua kajian ini. Juga, Institut Kesihatan Nasional Kerajaan Amerika


Syarikat (NIH), dari tahun lalu, telah menyatakan di laman webnya sendiri bahawa terapi gen mRNA sintetik (digunakan oleh Pfizer dan yang belum pernah digunakan untuk vaksin sebelumnya) "mempunyai implikasi dan risiko kesihatan yang sangat serius seperti ketoksikan, keradangan dan barah. "


4. Kami ingin bertanya samada "vaksin" mRNA sintetik Pfizer diberi kelulusan secara PENIPUAN untuk digunakan sebagai UBAT EKSPERIMEN di bawah US FDA (Pentadbiran Makanan & Dadah) EMERGENCY USE AUTHORIZATION (EUA) pada bulan Disember 2020? Untuk memenuhi syarat penggunaan EUA, terdapat syarat yang ketat bahawa tidak munculnya ubat alternatif yang selamat untuk profilaksis dan rawatan


Covid-19. Komuniti pakar perubatan sedunia berpendapat bahawa ini adalah PEMBOHONGAN terangterangan.



Alternatif selamat


5. Pada bulan Disember 2020, SUDAH ADA satu ubat keajaiban Asia yang dipanggil Ivermectin yang TERBUKTI sangat selamat, sangat murah dan sangat berkesan di peringkat antarabangsa untuk profilaksis dan rawatan terhadap Covid-19, berdasarkan penggunaan selama 40 tahun oleh 4 Billion orang (separuh daripada jumlah manusia) untuk banyak penyakit tropika DAN berdasarkan banyak kajian di seluruh dunia terhadap Covid-19 sejak penyakit ini mula diketahui umum pada Januari 2020. FDA


US, CDC, Pfizer dan penyokong mereka melakukan segala yang mereka boleh untuk menyembunyikan atau berpura-pura bahawa Ivermectin tidak wujud. Oleh itu, Kempen Smear yang kotor, dengan menggunakan pembohongan dan maklumat yang tidak betul, untuk memburukkan nama dan mensabotaj penggunaan Ivermectin bagi tujuan pencegahan dan rawatan terhadap Covid-19.


6. Oleh itu, sekiranya pihak berkuasa membuatkan suntikan gen kimia mRNA Pfizer EXPERIMENTAL toksik atau bahkan apa-apa vaksin sebenar sebagai MANDATORI, ia sebenar akan menyalahi Hak Kebeasan di bawah Perlembagaan Malaysia, menentang keadilan dan bertentangan dengan hak asasi manusia. Ianya juga menyalahi prinsip-prinsip di bawah Kod Nuremberg yang mana negara kita dan Majlis Perubatan Malaysia langgani.


7. Kod Nuremberg yang dirangka pada tahun 1947 setelah Perbicaraan Nuremberg yang terkenal pada tahun 1945-46 terhadap penjenayah perang Nazi, adalah kod etika prinsip - prinsip mengenai pelaksanaan eksperimen manusia, penggunaan ubat eksperimen dan perlunya persetujuan yang dimaklumkan untuk SETIAP vaksinasi. Prinsip-prinsip daripada Kod Nuremberg telah diadaptasikan oleh Deklarasi Helsinki di mana ianya menjadi prisnsip-prisnsip beretika bagi kesemua pengamal-pemngamal perubatan sedunia


8. "Borang Persetujuan yang Dimaklumkan" baru-baru ini yang dirancang oleh kerajaan yang mesti ditandatangani oleh setiap orang sebelum disuntik dengan vaksin atau bahan lain, menyatakan dengan jelas bahawa orang yang berkenaan mesti diberitahu dengan betul mengenai bahan yang akan disuntik dan risiko yang terlibat. Dia harus bertanggung jawab penuh atas segala akibat dan menerima bahawa tidak ada jaminan "vaksin" akan mencegah seseorang daripada dijangkiti Covid-19. Seseorang itu kemudian mesti menandatangani persetujuannya sebelum diberikan suntikan. Vaksinasi adalah perkara yang serius dan setelah diberikan, seseorang tidak boleh "batalkan vaksinasi" dan harus hidup dengan segala akibatnya.


9. Oleh itu, kami meminta jika ada di antara kita yang terasa dipaksa atau diberi tekanan untuk disuntik dengan vaksin, terutamanya vaksin” gen kimia mRNA sintetik eksperimental atau bahan lain, datanglah ke PPIM untuk meminta bantuan dan nasihat undang-undang. Kami bersedia mewakili anda dan memperjuangkan keadilan serta hak kebebasan dan asasi anda.



- [TAMAT] -



215 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page