top of page
Writer's pictureCONSUMER RATING RESEARCH

249. PPIM BOIKOT PRODUK SOKONG ISRA3L

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini sebagai tindak balas kepada serangan zi0ni5 di Gaza dengan melancarkan boikot terhadap produk berkaitan Israel.

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, seruan mengenai usaha itu akan dibuat besar-besaran di seluruh negara membabitkan beberapa produk utama.

Menurutnya, ia akan diadakan secara berterusan selama enam bulan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat Islam mengenai perlunya peranan dimainkan segera dalam isu itu.





"Mari kita sebarkan mesej bahawa kita mampu melakukannya. Walaupun ada yang memandang sinis usaha ini, kita harus sedar saudara kita di G4za terus dibantai.

"Sebelum ini, zionis selesa kerana produk mereka diterima masyarakat dunia termasuk di negara Islam. Kali ini, kita akan usahakan sesuatu.

"Sudah lama PPIM menyeru usaha boikot ini, tetapi tidak mengapa, saya kira sekurang-kurangnya kita tidak berdiam diri dan duduk saja," katanya ketika simbolik boikot produk Israel di sini.

Hadir sama Ketua Eksekutif Kumpulan Rangkaian Ali Maju Sdn Bhd Datuk Jawahar Ali Taib Khan.


Sementara itu, Jawahar Ali yang juga Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) berkata, pihaknya terpanggil untuk bersama-sama PPIM bersolidariti dalam isu pembantaian umat Islam di Palestin.

Menurutnya, Presma menggerakkan usaha berkenaan di lebih 10,000 restoran ahlinya di seluruh negara.


"Sudah sampai masanya kita melakukan sesuatu. Saya percaya, jika kita buat sesuatu di jalan Allah, maka urusan kita juga dipermudahkan," katanya.

(Harian Metro)

17 views0 comments

Comments


bottom of page