top of page

245. RASIONAL BOIKOT PRODUK-PRODUK PENYOKONG ZIONIS DAN KEKEJAMAN YANG DILAKUKAN MEREKA

KENYATAAN MEDIA

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)


BOIKOT!

USAHA MELUMPUHKAN EKONOMI ZIONIS!


Sejak berdekad lalu rakyat Palestin telah ditindas oleh rejim Zionis dengan pencerobohan hak-hak kemanusiaan dan melakukan banyak jenayah perang terhadap mereka.


Kita boleh membantu rakyat Palestin dengan memperhebat usaha memutuskan sokongan ekonomi dan propaganda rasmi yang menghalalkan dan mendanai jenayah perang yang sedang berlaku di Palestin. Kempen Boikot yang akan dijalankan sepanjang tempoh 6 bulan berturut ini bertujuan bagi memberi kesedaran bahawa Islam itu kuat walaupun tidak berlawan dengan perperangan sekaligus mendidik masyarakat Islam terutamanya untuk sentiasa cakna dengan permainan yang dibawa oleh Zionis.


Dengan dunia serba moden dan mudah bagi mendapatkan maklumat, banyak antara kita telah terpedaya dan alpa dek manipulasi media Zionis yang tidak berkesudahan. Produk yang perlu di boikot sejak dahulu lagi semakin diterima masyarakat hasil usaha propaganda dan manipulasi mereka.


Bagi memutuskan rantaian sokongan ekonomi ini, pendedahkan penglibatan badan-badan korporat besar yang terlibat secara langsung atau tidak adalah amat diperlukan dalam mengecam sekeras-kerasnya tindakan Zionis ini. Sekiranya usaha ini diabaikan, kita akan berterusan alpa bahawa kita adalah penyumbang sebenar kepada kematian saudara Islam di Palestin.


Selain menyokong usaha memboikot produk Zionis, bantuan kewangan dan sumbangan derma adalah penting demi kesinambungan Palestin dan rakyatnya. Salurkan sumbangan anda kepada mana-mana NGO yang terlibat dalam gerakan ini atau melalui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di laman web Sumbangan.com. Semua sumbangan akan disalurkan 100% kepada Palestin tanpa sebarang caj.



FASA PERTAMA BOIKOT SELAMA 6 Bulan


BOIKOT PRODUK BERIKUT


(1) Syarikat : Syarikat Coca-Cola

Jenama : Cola-Cola/COKE


• Pada tahun 2009, syarikat Coca-Cola menaja anugerah yang diberikan

kepada AIPAC di atas usaha mempengaruhi Senat untuk menolak

keputusan “gencatan senjata segera” PBB dan meluluskan serangan

ketenteraan Israel terhadap Gaza.


• The Central Bottling Company-CBC(Coca-Cola Israel)- mengendalikan

salah satu fasiliti pembotolan terbesar dunia dan berkembang menjadi

sekumpulan syarikat yang menguasai 40% daripada pasaran air minuman

Israel dan mempunyai monopoli yang jelas dalam sektor Coke tempatan.


• CBC mempunyai kilang Coca-Cola di penempatan haram ATAROT.yang

dibina di atas tanah yang dirampas dari rakyat Palestin dan menyalahi

undang-undang antarabangsa.


• Memiliki ladang-ladang tenusu di kawasan penempatan haram di Shadmot

Mecola,Lembah Jordan dan sebuah loji di zon industri Katzerin di Bukit

Golan.


• Warren Buffet: Pemegang saham terbesar juga pemilik Berkshire Hathaway

mempunyai 80% saham dalam konglomerat Israel Metalworks, ISCAR




(2) Syarikat : PUMA

Jenama : Semua Produk PUMA


• Penaja tunggal antarabangsa Persatuan Bolasepak Israel (IFA), penajaan

PUMA memberikan hak legitimasi kepada semua tindak-tanduk IFA. IFA

termasuk 6 buah kelab bolasepak telah didokumenkan oleh Pemerhati Hak

Asasi Manusia sebagai kelab bolasepak yang berpusat di penempatan

haram di Palestin yang telah dirampas oelh tentera Israel


• Penajaan Puma terhadap IFA telah membantu penglibatan secara langsung

terhadap perlanggaran hak asasi manusia dan undang-undang

antarabangsa di luar padang, membenarkan peluasan pengambilan tanah

secara haram.


• Sementara ahli-ahli sukan Israel bebas bergerak ke seluruh dunia, pasukan

Palestin terpaksa berdepan dengan pelbagai karenah di pusat pemeriksaan

dan rentas sempadan walaupun hanya untuk acara sukan “tempat sendiri”

di luar negara. Pihak berkuasa Israel telah melarang secara berkala;

menghalang pemain Palestin dari menyertai sukan antarabangsa. Pada

bulan September 2004, 5 pemain telah dilarang daripada berlepas ke

pusingan kelayakan Piala Dunia menentang Uzbekistan.


• Oleh kerana perlawanan tidak boleh diadakan di Palestin, pasukan itu

terpaksa ke Doha, Qatar untuk permainan “tempat sendiri” dan terpaksa

menghadiri sessi latihan di Ismailia, Mesir yang jauhnya 100km dari rumah

pemain Gaza. Tanpa kawasan latihan yang sesuai dan keadaan liga yang

digantung, kejayaan-kejayaan dalam siri-siri kelayakan preliminari, mereka

tetap tidak diberikan pertimbangan




(3) Syarikat : HEWLETT-PACKARD/HP

Jenama : Semua Produk HP

• Pembekal kepada tentera Israel sejak 2009. HP-E mempunyai kontrak

dengan polis Israel dalam pengendalian pusat data menggunakan server

HP.


• HP menghasilkan system ID biometric untuk mengesan dan mengawal

pergerakan rakyat Palestin. ID ini dihasilkan dengan teknologi HP yang sama

dengan buku pas yang dihasilkan oleh Polaroid semasa era Apartheid dan

digunakan oleh kerajaan Apartheid untuk mengawal golongan kulit hitam

Afrika Selatan.


• Rakyat yang berhasrat untuk memasuki Israel, keluar negara, atau ingin

melakukan sebarang aktiviti yang memerlukan permit, mesti memohon kad

pengenalan biometrik magnetik dari pihak berkuasa tentera Israel. Setiap

kad pengenalan mempunyai maklumat biometrik, peribadi dan keselamatan.

Walaupun hanya segelintir sahaja rakyat Palestin yang diberikan kad

pengenalan, setiap maklumat pemohon disimpan dalam sebuah pengkalan

data yang diserahkan kepada pihak berkuasa Israel.


• Sistem ini membolehkan kerajaan mengawal dan menguatkuasakan

pengasingan kaum dan apartheid terhadap warga Israel Palestin Israel, dan

terlibat secara langsung dalam sistem penempatan kolonial Israel melalui

“Yesha database”, yang mengumpul maklumat warga Israel di penempatan

haram di kawasan kependudukan di Tebing Barat Palestin.




(4) Syarikat : STARBUCK

Jenama : Semua Produk STARBUCKS

• Pengasas, pengerusi, dan presiden Starbucks Corporation,

Howard Schultz memiliki sebanyak 31.6 juta saham Starbucks

merupakan seorang penyo


kong Zionis yang aktif.


• Beliau juga merupakan penerima anugerah “The Israel 50th

Anniversary Friend of Zion Tribute Award’ yang diberikan oleh

Jerusalem Fund of Aish Hatorah. Anugerah ini diberikan kerana

sumbangan Howard Schultz terhadap pergerakan Israel yang turut

memainkan peranan dalam hubungan rapat antara Amerika-Israel


• Howard Schultz telah mengeluarkan satu kenyataan provokatif

pada 4 April 2002 yang menyalahkan Palestin kerana insiden

intifada yang berlaku disebabkan sentimen ‘Anti-semitic’ dan

menyeru dunia untuk terus memberikan sokongan terhadap Israel.




Sebarang pertanyaan, sila hubungi Hotline Unit Media PPIM di talian +60136116666 (Taufik). Terima Kasih.

[TAMAT]


36 views0 comments
bottom of page