Search
  • CONSUMER RATING RESEARCH

244. COVID-19: 'Tidak perlu panik kes positif harian

COVID-19: 'Tidak perlu panik kes positif harian yang tinggi sekiranya...'

Fauzi Suhaimi

Januari 31, 2021 16:36 MYT


COVID-19: 'Tidak perlu panik kes positif harian yang tinggi sekiranya...'

Dr Khor Swee Kheng menyifatkan jumlah kes positif harian COVID-19 bukan sesuatu yang penting untuk menilai situasi semasa. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Pakar dasar kesihatan awam, Dr Khor Swee Kheng menyifatkan jumlah kes harian COVID-19 bukan sesuatu yang perlu menjadi keutamaan untuk menilai situasi semasa.

Ini kerana, jelas beliau, angka kes baharu yang didedahkan setiap hari itu tidak memberi gambaran yang tepat dan menyeluruh.

Berikut merupakan perkara yang masyarakat perlu lebih fahami:

1) Jumlah kes COVID-19 harian amat penting, tetapi adakah ia memberi gambaran tepat dan menyeluruh?


Jawapannya adalah tidak, kerana pandemik itu amat kompleks dan tidak boleh dinilai dengan satu angka sahaja.

Contohnya, apabila menilai sabun tangan, ia melibatkan lebih daripada satu faktor seperti harga, jenama, kewangian, dan sebagainya.

2) Jumlah kes harian amat bergantung kepada bilangan ujian saringan yang dilakukan.

Oleh itu, lebih banyak ujian yang dibuat, bermakna kita akan mengetahui lebih banyak kes.

Jika kurang ujian saringan, maka kurang kes yang diketahui.


3) Walau bagaimanapun, bilangan ujian saringan harian pula tidak selalu diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Maka, susah untuk kita menilai sama ada ujian yang dijalankan adalah mencukupi untuk mencapai sasaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu kurang daripada lima peratus keputusan positif daripada jumlah ujian.

4) Mungkin ada hikmah di sebalik jumlah kes yang tinggi. Kita dapat mengasingkan pesakit yang dikenal pasti untuk melindungi rakyat lain. Dalam erti kata lain, lebih baik untuk kita mengenal pasti seramai pesakit COVID-19 yang mungkin, untuk diasingkan dan diberi rawatan.


5) 'Jumlah kes harian' yang tinggi tidak akan menimbulkan rasa takut, jika ada maklumat penting lain seperti:

Jumlah yang bergejala ringan

Jumlah yang bergejala serius

Jumlah yang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU)

Maklumat penting lain akan memberi gambaran menyeluruh kepada rakyat.


6) Jika ada pelan jangka masa panjang yang mantap untuk menjaga semua pesakit-pesakit COVID-19, maka kita tidak perlu risau atau panik walaupun jumlah kes harian melambung tinggi.


7) Ringkasnya, kita tidak patut terlalu fokus kepada 'jumlah kes baharu harian', kerana ia tidak tepat atau menyeluruh. Ia juga boleh mengelirukan atau menimbulkan panik yang tidak bermanfaat.

.

.

8) Adalah lebih baik jika kita fokus pada satu set petunjuk yang memberi gambaran lebih tepat dan menyeluruh untuk pandemik yang amat kompleks.

5 views0 comments

Recent Posts

See All

262. HUMAN CELLS EFFECT OF RNA

https://scitechdaily.com/new-discovery-shows-human-cells-can-write-rna-sequences-into-dna-challenges-central-principle-in-biology/