Search
  • CONSUMER RATING RESEARCH

219. Pakar perubatan Kanada dakwa ubat gout mampu ubati COVID-19

OTTAWA: Sekumpulan pakar perubatan di Kanada mendakwa telah menemui ubat yang diambil secara oral yang dipercayai berkesan merawat COVID-19 dan mengurangkan risiko komplikasi penyakit itu.


Pakar dari Institut Jantung Montreal berkata ubat antiradang yang biasanya digunakan untuk merawat gout itu sebagai "penemuan saintifik" kerana ia ubat pertama di dunia yang boleh digunakan untuk merawat pesakit COVID-19 yang tidak dirawat di hospital.

"Ini adalah kajian terbesar di dunia, yang menguji ubat yang diberikan secara oral kepada pesakit, yang tidak dimasukkan ke hospital dengan COVID-19," kata institut itu dalam kenyataannya pada Jumaat.


Ujian klinikal menunjukkan Colchicine berjaya mengurangkan 21 peratus risiko kematian atau dimasukkan ke hospital terhadap pesakit COVID-19 berbanding plasebo, lapor AFP.


Kajian tersebut didakwa dilakukan ke atas 4,488 pesakit di Kanada, Amerika Syarikat, Eropah dan Amerika Selatan.


Daripada 4,159 pesakit itu, penggunaan Colchicine berjaya mengurangkan kemasukan ke hospital sebanyak 25 peratus, keperluan ventilasi mekanikal sebanyak 50 peratus, dan kematian sebanyak 44 peratus.


Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan MHI dan penyelidik utama dalam kajian ini, Dr Jean-Claude Tardif, Colchicine berkesan dalam mencegah sindrom keradangan berbahaya yang disebut "cytokine storms" dan mengurangkan komplikasi yang berkaitan dengan COVID-19.

"Kami berbangga menawarkan ubat oral pertama di dunia yang penggunaannya dapat memberi kesan yang signifikan terhadap kesihatan awam dan berpotensi mencegah komplikasi COVID-19 untuk berjuta-juta pesakit," kata Dr Tardif.


Kajian ini dilakukan dalam kalangan pesakit yang tidak dimasukkan ke hospital dengan sekurang-kurangnya satu faktor risiko komplikasi COVID-19.

0 views0 comments

Recent Posts

See All

262. HUMAN CELLS EFFECT OF RNA

https://scitechdaily.com/new-discovery-shows-human-cells-can-write-rna-sequences-into-dna-challenges-central-principle-in-biology/