Search
  • CONSUMER RATING RESEARCH

186. REFUSE JAB AND GO TO JAIL

Boleh dipenjara jika enggan divaksin


JAKARTA: Indonesia memulakan program vaksinasi bagi mengekang penularan Covid-19 hari ini selepas Badan Pengawasan Ubatan dan Makanan (BPOM) meluluskan penggunaan vaksin keluaran Sinovac.


Lapor CNN Indonesia, semua rakyat negara ini diwajibkan menyertai program vaksinasi tersebut dan mereka yang ingkar boleh berdepan dengan hukuman penjara sekurang-kurangnya setahun.


Timbalan Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Edward Omar Sharif Hiariej berkata, rakyat yang ingkar juga boleh didenda atau kedua-duanya iaitu penjara dan didenda.


“Hukuman penjara dan denda itu merujuk kepada Undang-Undang Nombor 6 Tahun 2018 mengenai Penjagaan Kesihatan.


“Fasal 93 Undang-Undang Penjagaan Kesihatan menjelaskan setiap orang yang tidak mematuhi pengurusan penjagaan kesihatan atau menghalang proses tersebut boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda sebanyak 100 juta rupiah (RM28,692),” katanya.


Katanya, hukuman penjara menjadi alternatif terakhir untuk diterapkan sekiranya masih ada rakyat yang berdegil enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.


Namun, langkah itu tidak dipersetujui Persatuan Besar Ikatan Doktor Indonesia (PBIDI).


Ketua pasukan pencegahan Covid-19 PBIDI, Zubair Djoerban berkata, rakyat mempunyai hak untuk menerima atau menolak suntikan vaksin selepas dijelaskan mengenai kebaikan atau kesan sampingannya.

0 views0 comments

Recent Posts

See All

251. At least 60 million doses are contaminated.

Matthias Chang: Dear Good People, (MP) This is Shocking News. This relates to Johnson & Johnson and AstraZeneca vaccines. No wonder President Biden announced that these "surplus" will be sent out to