Search
  • CONSUMER RATING RESEARCH

178. Kakitangan kesihatan di Alaska alami alergi teruk selepas disuntik vaksin COVID-19

ALASKA: Seorang kakitangan kesihatan di Alaska, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan mengalami masalah alergi yang serius selepas menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech.

Tindak balas terhadap vaksin itu diperoleh sejurus selepas dia disuntik imunisasi berkenaan pada Selasa.



Dia dilaporkan stabil pada ketika ini.


Individu itu juga tidak mempunyai sejarah alergi makanan dan ubatan sebelum ini.Dia sudah dibawa ke sebuah hospital di Junea dan diberikan rawatan epinephrine.

Ini merupakan kejadian ketiga seumpama berlaku selepas dua kes alergik turut dilaporkan pada minggu lalu di Britain.


Pakar Perubatan Britain sebelum ini mengingatkan mereka mempunyai masalah anaphylaxis atau alergi kepada ubat dan makanan dinasihatkan tidak mengambil suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech.


Bagaimanapun, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika menegaskan mereka yang ada alergi ringan selamat untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Namun, mereka yang mengalami alergi teruk disaran untuk mengelak daripada mengambil suntikan imunisasi itu

1 view0 comments

Recent Posts

See All

251. At least 60 million doses are contaminated.

Matthias Chang: Dear Good People, (MP) This is Shocking News. This relates to Johnson & Johnson and AstraZeneca vaccines. No wonder President Biden announced that these "surplus" will be sent out to