wawancara YB Khairy Jamaluddin berkaitan info Vaksin yang bakal di beli oleh Negara Malaysia dgn Negara China melaui Syarikat Covax milik Bill Gates. 1st of all, agak kagum dengan kefasihan KJ, salute. Tapi banyak juga perkara yang meragukan tentang Vaksin yang bakal menghabiskan berbillion ringgit malaysia ni.
Tapi kat sini saya nak ulas dua point sahaja yang saya rasa sangat perlu kita sama2 renungi.
Pertamanya, KJ ada sebut tentang Indemnity (Pampasan) dan Liability (Ganti Rugi) tapi segala detail berkenaan isu ni adalah dirahsiakan oleh Covax. Maknanya, kalau jadi apa2 lepas kena Vaccine, seperti AEFI yang menyebabkan kematian atau sakit yang severe, masih belum ada kepastian samada boleh dapatkan pampasan atau ganti rugi dari kerajaan mahupun manufacturer (Covax).
Kedua KJ ada bagitau, walaupun kita dah berjaya vaccine kan 70% - 80% dari populasi Malaysia, kita masih belum pasti tentang keberkesanan Vaccine ini dan selama mana ia bertahan. Oleh itu kita masih perlu hidup dgn cara kita sekarang (newnormal) sampailah badan kita develop antibody atau virus Covid19 ni hilang dari dunia. Maknanya lepas kerajaan habiskan berbillion ringgit beli vaksin, rakyat malaysia ambil risiko cucuk vaksin yang masih belum proven selamat, kita masih tetap kena apply SOP yg sama. Masih kena pakai mask, distancing, hadkan program masjid, solat masih distancing, tak leh salam2 dan lain2.
Baik, sebelum kita pergi jauh, saya minta kita semua tengok balik apa yang berlaku di china sekarang. Dalam keadaan kita beriya-riya nk beli vaccine dengan China, China sendiri declare mereka tak perlukan vaccine kerana negara mereka dah bebas dari Covid 19.. kita semua juga telah dikejutkan dengan video2 dari Wuhan, bagaimana mereka hidup bebas tanpa SOP. Berpesta sesuka hati seolah Covid19 tak pernah wujud. Persoalannya sekarang ni, kenapa kita tak kaji macam mana mereka boleh bebas dari Covid19 tanpa vaccine.
Kalau China dah jumpa jalan untuk bebaskan negara dari Covid19 tanpa vaccine, kenapa kita nak habiskan berbillion ringgit dan ambil risiko cucuk Vaccine yg belum pasti selamat kepada rakyat kita.
Comments