top of page

490. SOAL JAWAB: DINE-IN 2 DOSE!


Pekedai: "Anda tidak boleh masuk ke sini!"

Pelanggan: "Kenapa saya tak boleh masuk?"

Pekedai: "Sebab anda tidak divaksinasi"

Pelanggan: "Tetapi diri saya tidak sakit"

Pekedai: "Ya, tapi anda tetap tidak dibenarkan masuk!"

Pelanggan: "Baiklah, kenapa kawan saya boleh pula masuk?"


Pekedai: "Kerana telah lengkap dua dose"


Pelanggan: "Tetapi kawan saya tadi sakit.."


Pekedai: "Tak apa, semua pelanggan 'Dine-In' telah diberikan vaksin dua dose.."


Pelanggan: "Kejap, anda berkata semua sedang 'Dine-In' telah divaksinasi lengkap?"


Pekedai: "Ya, semua lengkap dua dos!".

Pelanggan: "Habis, kenapa diri saya tidak boleh masuk jika semua orang lengkap divaksin?"


Pekedai: "Kerana anda boleh membuat mereka semua jatuh sakit".

Pelanggan: "Bagaimana saya akan buat orang lain sakit jika saya tidak sakit dan semua telah divaksinasi?"


Pekedai: "Kerana anda tidak divaksinasi".


Pelanggan: "Tapi mereka semua diberikan dua dose vaksin bukan?".


Pekedai: "Ya, walaupun telah dua dose mereka tetap boleh jatuh sakit".


Pelanggan: "Kalau masih boleh jatuh sakit, apa yang dilakukan oleh vaksin?"


Pelanggan "Vaksin memberikan perlindungan daripada jangkitan COVID-19".


Pelanggan: "Bermakna orang divaksinasi tidak akan menyebarkan COVID-19?"

Pekedai: "Oh! bukan, mereka juga menyebarkan jangkitan seperti orang tidak divaksinasi.."


Pelanggan: "Saya tidak tahu nak kata apa lagi, tengok diri saya, sihat dan tidak sakit!"


Pekedai: "Ya, saya tahu.."


Pelanggan: "Kawan saya tadi dibiarkan masuk dalam keadaan sakit?"


Pekedai: "Ya, sebab ada Digital Certificate"


Pelanggan: "Semua pelanggan itu boleh jatuh sakit walaupun telah divaksinasi?"


Pekedai: "Ya, sudah tentu boleh sakit!"


Pelanggan: "Jadi, kenapa pula saya tidak boleh masuk?"


Pekedai: "Kerana anda tidak divaksinasi"


Pelanggan: "Saya tidak bertanyakan siapa yang divaksinasi atau tidak!"


Pekedai: "Ya, dan diri saya hanya memberitahu anda bagaimana keadaannya.."


Pelanggan: "Tak apa, saya pakai pelitup muka dua lapis seperti DG Hisham saran".


Pekedai: "Tapi tetap tidak boleh 'Dine-In' kerana tiada Digital Cerfiticate.."


Pelanggan: " Semalam saya dapat masuk sini hanya pakai pelitup muka dua lapis".


Pekedai: "Ya, saya tahu.."


Pelanggan: "Kenapa tak boleh masuk walaupun pelitup muka dua lapis? Jangan beralasan saya belum divaksinasi, aku tumbuk muka kau!"


Pekedai: "Bertenanglah kawan..!"


Pelanggan: "Sekarang pelitup muka sudah tak berguna walaupun dua lapis?"


Pekedai: "Oh! Tidak, kita masih kena pakai".


Pelanggan: "Walaupun memakai pelitup muka dua lapis tetapi tidak boleh masuk?"


Pekedai: "Ya, betul"


Pelanggan: "Mengapa tidak?".


Pekedai: "Kerana anda tidak divaksinasi".


Pelanggan: "Tetapi pelitup muka dua lapis akan menghalang kuman keluar".


Pekedai: "Ya, tetapi diri anda boleh menjangkiti pelanggan lain!"


Pelanggan: "Tadi kata, mereka semua diberikan vaksin dua dose lengkap".


Pekedai: 'Ya, walaupun dua dose mereka masih boleh jatuh sakit"

Pelangggan: "Tetapi saya tidak sakit!"

Pekedai: "Diri anda akan menjangkiti orang lain dan mereka akan jatuh sakit".


Pelanggan: "Jadi, pelitup muka dua lapis tidak berfungsi, tak berguna?"


Pekedai: "Pelitup muka dua lapis ini berfungsi dengan baik dan kita masih kena pakai".


Pelanggan: "Bagaimana saya membuat orang divaksinasi sakit sedangkan saya tidak sakit dan pelitup muka boleh mencegah jangkitan?"


Pekedai: "Kami ikut arahan kerajaan hanya dua dose yang boleh 'Dine-In'".


Pelanggan: "Adakah anda dan semua pekerja telah lengkap divaksinasi?"


Pekedai: "Oh! belum, peniaga bersama pekerja tidak wajib lengkap vaksinasi, peraturan hanya buat pelanggan 'Dine-In' sahaja"


Pelanggan: "Bermakna anda dan pekerja boleh menjangkiti pelanggan sedang 'Dine-In' dalam restoran anda?"


Pekedai: "Eh.. saya.."


Pelanggan: "Okay! cukup.."

3 views0 comments

Recent Posts

See All

507. AKIBAT DAN BALASAN RIBA

Kenapa masih ramai orang Melayu Islam masih hidup susah? Islam adalah agama Persekutuan tetapi adakah kita benar-benar patuh kepada AlQuran dan Sunnah? Kenapa kita masih ikut sistem kapitalis dan

bottom of page