top of page

199. FATWA APPEAL

SURAT RAYUAN TERBUKA KEPADA BADAN FATWA


Kita amat menghormati Badan Fatwa dan tidak memandang ringan tanggungjawab yang mereka tanggung. Namun ada beberapa perkara yang mungkin boleh dilihat semula oleh Badan Fatwa.


1. Kita faham proses Badan Fatwa mengeluarkan fatwa. Setelah mendapat penjelasan dari pihak yang disebut sebagai Ahlu Zikri iaitu KKM dan WHO maka Badan Fatwa akan bermuzakarah beberapa kali. Kemudian keputusan akan dipersembahkan kepada Sultan untuk mendapatkan perkenan.


2. Para ulama mentafsirkan Ahlu Zikri dalam ayat tersebut sebagai orang yang Ahli dalam ilmu Kitab Allah. Namun jika tafsiran ini ingin diperluaskan kepada pakar-pakar bidang Sains dan Perubatan seperti KKM dan WHO maka Badan Fatwa juga perlu mengambil kira fakta yang dikemukakan oleh Pakar-pakar Sains dan Perubatan yang memaparkan bukti bahawa Covid-19 ini tidak bahaya dan tidak layak digelar Pandemik.


3. Tidak molek jika hanya Ahlu Zikri di kalangan KKM dan WHO sahaja yang diambil penjelasan sedangkan Pakar-pakar Sains dan Perubatan lain yang memaparkan fakta yang bertentangan dengan WHO diketepikan oleh Badan Fatwa. Mereka juga termasuk di dalam Ahlu Zikri dengan tafsiran yang diperluaskan tadi. Sedangkan WHO diketahui mempunyai masalah Corruption sejak dahulu lagi.


4. Badan Fatwa menjelaskan kepada orang ramai bahawa kadangkala apabila berlaku sesuatu keadaan maka Hukum Agama Allah boleh berubah. Maka untuk Hukum Agama Allah ini berubah sebaiknya kesemua pandangan diambil kira oleh Badan Fatwa, meskipun pandangan itu berbeza dengan KKM dan WHO. Hukum Agama Allah sedang diubah, bukankah ianya situasi yang amat genting?


5. Ahlu Zikri seperti KKM dan WHO hanyalah pakar di dalam bidang Sains dan Perubatan. Mereka bukan pakar dalam bidang Agama dan Fatwa. Maka mereka hanya memberikan penjelasan. Bukannya nasihat. Yang pakar dalam Agama dan Fatwa adalah Badan Fatwa.


6. Satu contoh ialah telah dibuktikan secara saintifik bahawa virus tidak tersebar dengan pengurusan jenazah. Maka sepatutnya SOP pengurusan jenazah perlu diubah segera kembali kepada keadaan asal. Ia perlu diubah dengan cepat kepada cara asal, sepertimana cepatnya ia berubah dari cara asal kepada cara baharu. Banyak lagi contoh lain selain daripada ini.


7. Badan Fatwa juga boleh berbincang dan mengambil pandangan daripada barisan para Ulama di negara ini meskipun mereka tidak berada di dalam Badan Fatwa. Walaupun mereka dikatakan sebagai Penceramah Biasa dan bukan Badan Fatwa, namun ramai juga di kalangan mereka mempunyai keilmuan dan kefahaman yang tinggi dalam bidang Agama dan Fatwa.


8. Imam Syafi'e rahmatullah alaih hanya menjadi Qadhi sekejap sahaja. Kemudian Imam Syafi'e rahmatullah alaih melepaskan jawatan itu dan hanya mengajar dan berceramah sehingga ke hujung hayat. Akan tetapi hukum-hukum daripada Penceramah ini lah (Imam Syafi'e rahmatullah alaih) yang kita jadikan Mazhab sehingga sekarang.


9. Badan Fatwa menjelaskan kepada orang ramai bahawa kadangkala apabila berlaku sesuatu keadaan maka Hukum Agama Allah boleh berubah. Demikianlah juga dengan Fatwa yang telah dikeluarkan. Fatwa juga boleh berubah. Terutamanya apabila datangnya fakta-fakta baharu yang membuktikan keadaan yang sebaliknya berbanding penerangan daripada KKM dan WHO sebelum ini.


10. Tidak sesuai jika Covid-19 ingin disamakan dengan wabak-wabak yang pernah menjangkiti dunia satu masa dahulu. Apatah lagi dengan menyebarkan potongan video ringkas Dr. Ali Jumuah yang menceritakan wabak yang diceritakan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani di Mesir sehingga Masjid terpaksa ditutup. Kerana menurut Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani kematian begitu cepat sehingga dalam satu hari harta pusaka berubah ke 9 rumah berbeza (kadar kematian 18 orang dalam satu keluarga dari rumah-rumah yang berlainan dalam 1 hari). Wabak seperti itu juga telah mengorbankan 1/3 penduduk China pada ketika itu.


11. Sedangkan Covid-19 kadar kematian Dunia hanyalah 2%. Dan di sesetengah negara kadar kematian terlalu kecil 0.001%. Turut dilaporkan bahawa penyebab kematian yang sebenar bukanlah Covid-19 tetapi penyakit yang sedia ada pada tubuh si mati. Bahkan kadar kesembuhan dari Covid-19 terlalu tinggi. Sedangkan penduduk Wuhan (asal virus ini) sendiri sedang berpesta beramai-ramai kerana telah bebas daripada Covid-19. Wajarkan masjid ditutup kerana ini?


12. Kita mengetahui pada masa akan datang kelak, Badan Fatwa akan digunakan untuk memberi dorongan kepada umat Islam kesemuanya menerima Vaksin Covid-19 (vaksin ekspress) yang sedang dalam proses ujikaji. Maka kami amat berharap Badan Fatwa meneliti kesemua perkara daripada kesemua pihak agar perkataan "Darurat" tidak dipergunakan sewenang-wenangnya untuk menghalalkan keharaman Vaksin tersebut.


13. Maka kami amat berharap agar Badan Fatwa bersama barisan para Ulama kesemuanya meneliti kembali SOP yang telah dijalankan dan menghidupkan semula Hukum Agama Allah yang telah diubah sebelum ini.


Penutup.

Kata-kata Abu Ubaidah Al-Jarrah r.a. apabila diserang penyakit Taun (ketika berlaku wabak Taun di Jordan dan beliau Amir di Jordan) dan hampir meninggal dunia ketika ingin melantik Muaz Bin Jabal r.a. sebagai penggantinya, "Wahai Muʿaz bin Jabal! Jadilah imam untuk solah dengan orang ramai!". Meskipun wabak yang berlaku ketika itu mengorbankan kira-kira 25,000 orang pada ketika itu, mereka masih menunaikan solat berjemaah bersama orang ramai...


Ini drp hasil perbincangan para ahli ilmi.


USTAZ MUSTAFFA KAMAL

0 views0 comments
bottom of page